Diari JAPIM 2009


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah islamiah untuk semua! Semoga tuan-puan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Selamat meneruskan amanah dan tanggung-jawab kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat dengan adil dan bijaksana. Teruskan usaha menzahirkan komitmen kita kepada tugas kita untuk melahirkan para guru yang Murabby lagi Rabbaniy. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin! Terima kasih

Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini

Sahabat baru JAPIM 2009

Wednesday, September 9, 2009

Al-hamdulillah, JAPIM IPGM KTAA dapat seorang lagi ahli baru. Insan cemerlang yang saya sangat mengenalinya sebelum ini. Penilaian Darjah Lima (UPSR sekarang) saya tidak secemerlang beliau, namun kami bertemu di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku pada tahun 1981. Lantaran kecemerlangannya beliau ditempatkan di kelas Peralihan Merah dan saya di Peralihan Biru.Dengan takdir Allah SWT saya berjaya memperoleh skor 98.7% dalam peperiksaan akhir tahun sekaligus menjadi pelajar cemerlang layak (lompat kelas) ke tingkatan 2 bersama beliau dan beberapa orang kawan lain.

Kami bersaing pula di tingkatan 2 bersama seorang dua sahabat lain antara lain Us Mohd Nasran (sekarang di SMA Padang Tengku), Us Azwan (sekarang di Sarawak. Namun kali ini saingan sengit sekali. beliau tetap mendahului saya dalam peperiksaan hinggalah ke akhir tahun.

Tahun 1983, kami menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)dengan penuh semangat. Namun beliau dan Us Mohd Nasran berjaya mendahului saya dengan aggregat 11 sedang saya hanya memperoleh aggregat 13. Mereka berdua ditawarkan ke Kolej Islam Klang (KIK waktu itu dan KISAS sekarang.

Namun persaingan kami belum selesai ....

.... saya teruskan perjuangan di SMA Padang Tengku hingga ke tingkatan lima dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dan Sijil Menengah Agama (SMA. Al-hamdulillah berkat doa semua saya skor gred 1 dalam SPM dan SMA. Datanglah tawaran dari Kolej Islam Klang, saya simpan borang tersebut dan meneruskan perjuangan ke Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan Pahang (STASAB) 1986. Saya bukan merajuk tapi saya telah menanam azam saya tak nak jumpa beliau di universiti dalam negara kerana saya berniat untuk ke luar negara ... Saudi Arabia atau Republik Arab Mesir.

Selama dua tahun saya di STASAB dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) dan bejaya menjadi pelajar cemerlang (keluar dalam siaran radio Kuantan dan akhbar arus perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian 2 kali). Saya berjaya ke Universiti Al-Azhar dan beliau ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kami terus berpisah. Beliau berkhidmat sebagai guru di SMK Kampung Awah Temerloh dan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan menyambung belajar. Saya bertugas di sekolah Menegah Sains Tengku Abdullah raub dan menyambung belajar.

Takdir Allah SWT kini kami bertemu di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. BALIK KAMPUNG LA KOME ...... yea ... yea!

Beliau ialah
Al-Fadhil Al-Ustaz Zulquarnain bin Ali.


0 comments:

Post a Comment