Majlis perpisahan dengan al-Fadhil us Mohd Ayub, ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPTAA.
Walaupun baru bersama namun ....
... terasa kemesraannya kerana persahabatan yang terjalin sebelum ini.
Masih dalam ingatan ini sewaktu saya masih baru di IPTAA, suatu detik yang sangat mengusik jiwa tatkala ustaz Ayob disahkan bertukar ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kuantan. Lantaran khidmat cemerlangnya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam Dan Moral (SPIM) di JPN. Satu majlis telah dirancang untuk meraikan . Kami kehilangan seorang ketua yang dedikasi dan berketrampilan.
Gambar 1
Kelihatan ustazah Zaidah dan ustazah Ruhayati bersiap sedia menguruskan perihal jamuan perpisahan tersebut
Gambar 2
Al-Fadhil Us Ayob b Daud sedang menyampaikan ucapan dan amanatnya dalam majlis perpisahan belia dengan warga JAPIM IPTAA
Gambar 3
Al-Fadhil us Mohd Said asyik bertukar-tukar buah fikiran dengan Al-Fadhil us Ayob berhubung tugasan Ketua Jabatan JAPIM yang akan dipikulnya nanti
Gambar 4
Sebagai tanda mata kenang-kenangan dari JAPIM IPTAA 2007, us Mohd Said menyampaikan cenderamata kepada us Ayob.
Gambar 5
Potret Kenangan Abadi us Ayob bersama warga JAPIM IPTAA 2007 (us Borhan tidak termasuk kerana beliau menjalankan tugas-tugas jurufoto)
Keterangan gambar:
Dari kiri: Us Osman b Din, Us Mohd Said b Ibrahim, tetamu yang diraikan Us Ayob b Daud, Us Mohd Tajuddin b Sidek, Us Mohd Nasurdin b Hj Ahmad, Ustazah Zaidah bt Jusoh dan Ustazah Ruhayati bt Ramly
AYAT-AYAT CINTA:
Perpisahan tidak dapat dielakkan. Perjuangan tetap diteruskan. Untuk anak bangsa pesan bermadah, siap siagalah untuk menaiktaraf dari seorang
GURU kepada MU'ALLIM!
0 comments:
Post a Comment