Diari JAPIM 2009


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah islamiah untuk semua! Semoga tuan-puan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Selamat meneruskan amanah dan tanggung-jawab kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat dengan adil dan bijaksana. Teruskan usaha menzahirkan komitmen kita kepada tugas kita untuk melahirkan para guru yang Murabby lagi Rabbaniy. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin! Terima kasih

Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini

MAJLIS DIALOG DENGAN PELATIH

Thursday, September 10, 2009

Demi mewujudkan rasa kemesraan sejati, JAPIM IPGMKTAA dibawah kelolaan ust Ruhayati Ramli telah mengadakan majlis dialog bersama pelatih-pelatih PAI.

Memang tak disangka ....

... mereka memberi mesej jelas di dalam ucapan-ucapan mereka agar mendapat perhatian dan bimbingan intensif dari para pensyarah JAPIM!!!

HARI INI DALAM SEJARAH

Majlis Dialog JAPIM
Dewan Kulliah A
IPGM Kampus TAA

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan Kuala Lipis menempa satu sejarah bila mana berjaya mengadakan majlis dialog dengan para pelatih PAI.

Antara objektif majlis tersebut adalah:
  1. Mengeratkan ukhuwwah Islamiyah antara kalangan warga JAPIM (pelatih pelatih, pensyarah pensyarah dan pelatih pensyarah)
  2. Mewujudkan Tauhidul-Fikri dan Tauhidul-Amal kalangan anggota
  3. Bekerjasama ke arah kegemilangan personaliti muslim sejati kalangan ahli
  4. Mengenalpasti kekangan yang melambatkan proses penjelmaan muslim sejati
  5. Memotivasi jatidiri dalam perjuangan menjadikan seorang guru kepada seorang mu'allim

Gambar 1
Kelihatan Al-Fadhil Us Mohd Tajuddin b Sidek, Ketua Jabatan JAPIM yang baru menggantikan Al-Fadhil Us Mohd Said b Ibrahim menyampaikan ucapan pembukaan di dalam majlis berkenaan

Gambar 2

Kesungguhan Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) menghalusi objektif Majlis Dialog ini mendapat perhatian serius oleh warganya



Gambar 3

Muslimat juga tidak ketinggalan turut memberi idea dan pandangan bagi memaknakan majlis tersebut

Gambar 4

Warga JAPIM IPGM Kampus TAA memang mempunyai aset-aset yang berkualiti untuk membangun dan meletakkan JAPIM di singgahsana yang sewajarnya.


Gambar 5
Harapan dan doa dipanjatkan ke hadrat Allah SWT moga-moga dipertingkatkan azam dan komitmen warga JAPIM ke arah membudayakan ISLAM WAY OF LIFE


Akhirnya, sekalong ucapan tahniah dan syabbas kepada semua warga JAPIM IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan Kuala Lipis kerana menunjukan komitmen tinggi dalam menjayakan majlis ini. Memetik kata-kata Al-Fadhil Us Mohd Tajuddin b Sidek selaku Ketua Jabatan JAPIM yang baru:

"JADILAH KITA ANGGOTA JAPIM YANG HEBAT, DUDUK BIAR TINGGI DARI ORANG LAIN, BERDIRI BIAR LEBIH DARI ORANG LAIN"


Wassalam
Sekian terima kasih

0 comments:

Post a Comment