Diari JAPIM 2009


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah islamiah untuk semua! Semoga tuan-puan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Selamat meneruskan amanah dan tanggung-jawab kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat dengan adil dan bijaksana. Teruskan usaha menzahirkan komitmen kita kepada tugas kita untuk melahirkan para guru yang Murabby lagi Rabbaniy. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin! Terima kasih

Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini

Sahabat baru JAPIM 2010

Wednesday, January 20, 2010

SELAMAT DATANG KE IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN!

Ahlan Wa Sahlan Sahabat! Selamat ke IPG TAA dan selamat datang ke JAPIM. Semoga kebersamaan kalian menambah kejituan fokus dan hala tuju JAPIM IPGTAA sesi 2010.

Al-Fadhil us Nik Abdullah b Nik Cop adalah pensyarah JAPIM IPGSM yang beralih arah bernaung di IPGTAA untuk memangku DG48. Beliau juga adalah rakan saya semasa sama-sama menyambung pelajaran peringkat sarjana di UKM beberapa tahun yang lepas. Manakala al-fadhil us Khairul Azam b Abdul Rahman adalah guru di SMK Seri Jengka yang dipostingkan semula setelah tamat cuti belajar di UKM untuk peringkat sarjana Syariah. Beliau memilih untuk dipostingkan di IPGTAA. Beliau adalah junior saya di SMA Padang Tengku dan di Al-Azhar, Mesir yang akhirnya berkumpul semula di JAPIM IPGTAA.


Setakat ini sudah 4 orang bekas pelajar Sek Men Agama Al- Maidah Ad-Diniah, Padang Tengku. Ini tidak termasuk Tok guru ini yang baru sahaja menamatkan kerjayanya (bersara)iaitu al-fadhil us Hj Nasurdin b Hj Mohamad.

Dimulakan dengan saya, us wan Azlan, Us Zulquarnain dan us Khairul Azam. Paling tua, us Zul dan paling bongsu us W. Azlan.

Sesungguhnya, saya bersyukur dengan bantuan Allah ini. Saya berbangga dengan anugerah istimewa ini.

Syabbas SMAPT. Kami bangga jadi warga SMAPT tempat kami anak beranak mencari redha Ilahi.


Semoga kita dirahmati Allah dengan berkerja kerana ALLAH!

Cerita selanjutnya!

Majlis Perpisahan Us Ab Hamid

Tuesday, January 5, 2010

Tak disangka usahanya berhasil. Akhirnya semua sahabat dikejutkan dengan perpindahan beliau ke IPGM sultan Mizan, Besut, Terenganu. Hakikatnya kami memahami kesulitan beliau berulang-alik dari KB ke Klipis hampir setiap hujung minggu.

Makanya kami menerima perpisahan ini dengan REDHA ...





Al-hamdulillahah semua sahabat para pensyarah JAPIM dapat hadir termasuk 2 orang pensyarah kanan, us Mohd Said Ibrahim dan En Kamaludin Endol. Turut hadir us Nasurdin yang baru bersara dan us Nik, pensyarah (48) dari IPGM Sultan Mizan yang disebut-sebut bakal mengganti tugas-tugas yang ditinggalkan oleh us Hamid.





















Didoakan agar kita sentiasa menjadi insan yang cemerlang dan dirahmati di mana kita berada.

Tq.

Cerita selanjutnya!

Perjumpaan Pertama IPGMKTAA 2010

Salam Pertemuan

Perjumpaan kali pertama staf akademik dan bukan staf akademik IPGMKTAA dan majlis tepung tawar serta doa selamat untuk bas baru.










Cerita selanjutnya!