Teringat satu ketika dulu ...
Plan dapur surau
Diari JAPIM 2009
Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini
Stor Dapur Surau As-Syafie
Monday, November 9, 2009Posted by Borhan bin Aripin at 3:44 PM 0 comments
Labels: Umum
Terima kasih la ustaz ....
Tuesday, October 27, 2009Memang pelik sekali fikir bila orang yang persaraannya menghulurkan cenderamata kepada pihak yang meraikannya.
Hakikatnya inilah peribadi luhur us Nasurdin yang .....
Posted by Borhan bin Aripin at 3:29 PM 0 comments
Labels: Jabatan
'Selamat Bersara' untuk ustaz Nasurdin Hj Ahmad
Thursday, October 15, 2009


















Cerita selanjutnya!
Posted by Borhan bin Aripin at 12:50 PM 0 comments
Labels: Pensyarah
Mega Raya Ipgktaa
'SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN'
Saya hulurkan kepada seluruh warga IPGMKTAA, semoga kita sesuatu yang berharga di lebaran kali ini.
Memang ada sesuatu yang menarik untuk seisi warga IPGMKTAA ini .....
Posted by Borhan bin Aripin at 12:41 PM 0 comments
Labels: Ipgktaa
MAJLIS DIALOG DENGAN PELATIH
Thursday, September 10, 2009Demi mewujudkan rasa kemesraan sejati, JAPIM IPGMKTAA dibawah kelolaan ust Ruhayati Ramli telah mengadakan majlis dialog bersama pelatih-pelatih PAI.
Memang tak disangka ....
... mereka memberi mesej jelas di dalam ucapan-ucapan mereka agar mendapat perhatian dan bimbingan intensif dari para pensyarah JAPIM!!!
- Mengeratkan ukhuwwah Islamiyah antara kalangan warga JAPIM (pelatih pelatih, pensyarah pensyarah dan pelatih pensyarah)
- Mewujudkan Tauhidul-Fikri dan Tauhidul-Amal kalangan anggota
- Bekerjasama ke arah kegemilangan personaliti muslim sejati kalangan ahli
- Mengenalpasti kekangan yang melambatkan proses penjelmaan muslim sejati
- Memotivasi jatidiri dalam perjuangan menjadikan seorang guru kepada seorang mu'allim
Gambar 1
Kelihatan Al-Fadhil Us Mohd Tajuddin b Sidek, Ketua Jabatan JAPIM yang baru menggantikan Al-Fadhil Us Mohd Said b Ibrahim menyampaikan ucapan pembukaan di dalam majlis berkenaan
Gambar 2
Kesungguhan Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) menghalusi objektif Majlis Dialog ini mendapat perhatian serius oleh warganya
Muslimat juga tidak ketinggalan turut memberi idea dan pandangan bagi memaknakan majlis tersebut
Gambar 4
Warga JAPIM IPGM Kampus TAA memang mempunyai aset-aset yang berkualiti untuk membangun dan meletakkan JAPIM di singgahsana yang sewajarnya.
Cerita selanjutnya!
Posted by Borhan bin Aripin at 7:59 AM 0 comments
Labels: Jabatan
MAJLIS PERPISAHAN JAPIM
Majlis perpisahan dengan al-Fadhil us Mohd Ayub, ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPTAA.
Walaupun baru bersama namun ....
... terasa kemesraannya kerana persahabatan yang terjalin sebelum ini.
Masih dalam ingatan ini sewaktu saya masih baru di IPTAA, suatu detik yang sangat mengusik jiwa tatkala ustaz Ayob disahkan bertukar ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kuantan. Lantaran khidmat cemerlangnya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam Dan Moral (SPIM) di JPN. Satu majlis telah dirancang untuk meraikan . Kami kehilangan seorang ketua yang dedikasi dan berketrampilan.
Gambar 1
Kelihatan ustazah Zaidah dan ustazah Ruhayati bersiap sedia menguruskan perihal jamuan perpisahan tersebut
Gambar 2
Al-Fadhil Us Ayob b Daud sedang menyampaikan ucapan dan amanatnya dalam majlis perpisahan belia dengan warga JAPIM IPTAA
Gambar 3
Al-Fadhil us Mohd Said asyik bertukar-tukar buah fikiran dengan Al-Fadhil us Ayob berhubung tugasan Ketua Jabatan JAPIM yang akan dipikulnya nanti
Gambar 4
Sebagai tanda mata kenang-kenangan dari JAPIM IPTAA 2007, us Mohd Said menyampaikan cenderamata kepada us Ayob.
Gambar 5
Potret Kenangan Abadi us Ayob bersama warga JAPIM IPTAA 2007 (us Borhan tidak termasuk kerana beliau menjalankan tugas-tugas jurufoto)
Keterangan gambar:
Dari kiri: Us Osman b Din, Us Mohd Said b Ibrahim, tetamu yang diraikan Us Ayob b Daud, Us Mohd Tajuddin b Sidek, Us Mohd Nasurdin b Hj Ahmad, Ustazah Zaidah bt Jusoh dan Ustazah Ruhayati bt Ramly
AYAT-AYAT CINTA:
Perpisahan tidak dapat dielakkan. Perjuangan tetap diteruskan. Untuk anak bangsa pesan bermadah, siap siagalah untuk menaiktaraf dari seorang
GURU kepada MU'ALLIM!
Cerita selanjutnya!
Posted by Borhan bin Aripin at 7:54 AM 0 comments
Labels: Jabatan
DAPUR SURAU ASY-SYAFIE
Wednesday, September 9, 2009Akhirnya hasrat memiliki dapur masak-memasak untuk sebarang aktiviti kenduri bagi mana-mana majlis kebesaran Islam hampir menjadi kenyataan.
Kini ianya sedang rancak dalam pembinaan ...
Posted by Borhan bin Aripin at 3:24 PM 0 comments
Labels: Jabatan
Sahabat baru JAPIM 2009
Al-hamdulillah, JAPIM IPGM KTAA dapat seorang lagi ahli baru. Insan cemerlang yang saya sangat mengenalinya sebelum ini. Penilaian Darjah Lima (UPSR sekarang) saya tidak secemerlang beliau, namun kami bertemu di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku pada tahun 1981. Lantaran kecemerlangannya beliau ditempatkan di kelas Peralihan Merah dan saya di Peralihan Biru.Dengan takdir Allah SWT saya berjaya memperoleh skor 98.7% dalam peperiksaan akhir tahun sekaligus menjadi pelajar cemerlang layak (lompat kelas) ke tingkatan 2 bersama beliau dan beberapa orang kawan lain.
Kami bersaing pula di tingkatan 2 bersama seorang dua sahabat lain antara lain Us Mohd Nasran (sekarang di SMA Padang Tengku), Us Azwan (sekarang di Sarawak. Namun kali ini saingan sengit sekali. beliau tetap mendahului saya dalam peperiksaan hinggalah ke akhir tahun.
Tahun 1983, kami menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)dengan penuh semangat. Namun beliau dan Us Mohd Nasran berjaya mendahului saya dengan aggregat 11 sedang saya hanya memperoleh aggregat 13. Mereka berdua ditawarkan ke Kolej Islam Klang (KIK waktu itu dan KISAS sekarang.
Namun persaingan kami belum selesai ....
.... saya teruskan perjuangan di SMA Padang Tengku hingga ke tingkatan lima dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dan Sijil Menengah Agama (SMA. Al-hamdulillah berkat doa semua saya skor gred 1 dalam SPM dan SMA. Datanglah tawaran dari Kolej Islam Klang, saya simpan borang tersebut dan meneruskan perjuangan ke Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan Pahang (STASAB) 1986. Saya bukan merajuk tapi saya telah menanam azam saya tak nak jumpa beliau di universiti dalam negara kerana saya berniat untuk ke luar negara ... Saudi Arabia atau Republik Arab Mesir.
Selama dua tahun saya di STASAB dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) dan bejaya menjadi pelajar cemerlang (keluar dalam siaran radio Kuantan dan akhbar arus perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian 2 kali). Saya berjaya ke Universiti Al-Azhar dan beliau ke Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kami terus berpisah. Beliau berkhidmat sebagai guru di SMK Kampung Awah Temerloh dan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan menyambung belajar. Saya bertugas di sekolah Menegah Sains Tengku Abdullah raub dan menyambung belajar.
Takdir Allah SWT kini kami bertemu di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. BALIK KAMPUNG LA KOME ...... yea ... yea!
Beliau ialah
Al-Fadhil Al-Ustaz Zulquarnain bin Ali.
Posted by Borhan bin Aripin at 3:11 PM 0 comments
Labels: Pensyarah