Diari JAPIM 2009

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah islamiah untuk semua! Semoga tuan-puan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Selamat meneruskan amanah dan tanggung-jawab kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat dengan adil dan bijaksana. Teruskan usaha menzahirkan komitmen kita kepada tugas kita untuk melahirkan para guru yang Murabby lagi Rabbaniy. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin! Terima kasih

Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini

Sesi Taklimat Kurikulum Bersama Pelajar KPLI j-QAF Ambilan Jan 2011

Friday, February 11, 2011

Taklimat Kurikulum Para Pelajar KPLI j-QAF

Setelah seminggu bercuti dan tamatnya Minggu Pelajar Baru (MPB) bagi pelajar-pelajar KPLI j-QAF Ambilan Januari 2011, kini mereka sampai ke sesi taklimat kurikulum sebelum kembali bertugas di penempatan masing-masing yang dijangka diketahui dalam minggu ini.

Dalam sesi taklimat ini, para pelajar akan diperkenalkan dengan para pensyarah JAPIM IPGK Tg Ampuan Afzan, semua Modul Kursus serta arahan dari pihak IPGK dan Jabatan Pelajaran Negeri.







Adalah amat diharapkan para pelajar benar-benar menghayati dan memahami amanah yang diberi kepada mereka masing-masing sekaligus bersedia melaksanakannya.

Tq

0 comments:

Post a Comment