Majlis perpisahan dengan al-Fadhil us Mohd Ayub, ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPTAA. Masih dalam ingatan ini sewaktu saya masih baru di IPTAA, suatu detik yang sangat mengusik jiwa tatkala ustaz Ayob disahkan bertukar ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kuantan. Lantaran khidmat cemerlangnya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam Dan Moral (SPIM) di JPN. Satu majlis telah dirancang untuk meraikan . Kami kehilangan seorang ketua yang dedikasi dan berketrampilan. Gambar 1 Kelihatan ustazah Zaidah dan ustazah Ruhayati bersiap sedia menguruskan perihal jamuan perpisahan tersebut Gambar 2 Al-Fadhil Us Ayob b Daud sedang menyampaikan ucapan dan amanatnya dalam majlis perpisahan belia dengan warga JAPIM IPTAA Gambar 3 Al-Fadhil us Mohd Said asyik bertukar-tukar buah fikiran dengan Al-Fadhil us Ayob berhubung tugasan Ketua Jabatan JAPIM yang akan dipikulnya nanti Sebagai tanda mata kenang-kenangan dari JAPIM IPTAA 2007, us Mohd Said menyampaikan cenderamata kepada us Ayob. Potret Kenangan Abadi us Ayob bersama warga JAPIM IPTAA 2007 (us Borhan tidak termasuk kerana beliau menjalankan tugas-tugas jurufoto) Keterangan gambar: Dari kiri: Us Osman b Din, Us Mohd Said b Ibrahim, tetamu yang diraikan Us Ayob b Daud, Us Mohd Tajuddin b Sidek, Us Mohd Nasurdin b Hj Ahmad, Ustazah Zaidah bt Jusoh dan Ustazah Ruhayati bt Ramly Perpisahan tidak dapat dielakkan. Perjuangan tetap diteruskan. Untuk anak bangsa pesan bermadah, siap siagalah untuk menaiktaraf dari seorang GURU kepada MU'ALLIM!
Walaupun baru bersama namun ....
... terasa kemesraannya kerana persahabatan yang terjalin sebelum ini.
Gambar 4
Gambar 5
AYAT-AYAT CINTA:
!-end>!-local>
Diari JAPIM 2009
Assalamualaikum dan salam ukhuwwah islamiah untuk semua! Semoga tuan-puan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Selamat meneruskan amanah dan tanggung-jawab kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat dengan adil dan bijaksana. Teruskan usaha menzahirkan komitmen kita kepada tugas kita untuk melahirkan para guru yang Murabby lagi Rabbaniy. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin!
Terima kasih
Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini
MAJLIS PERPISAHAN JAPIM
Thursday, September 10, 2009TETAP SEGAR DALAM INGATAN
US AYOB B DAUD
Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM),
IPTAA 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment