Diari JAPIM 2009


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah islamiah untuk semua! Semoga tuan-puan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Selamat meneruskan amanah dan tanggung-jawab kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat dengan adil dan bijaksana. Teruskan usaha menzahirkan komitmen kita kepada tugas kita untuk melahirkan para guru yang Murabby lagi Rabbaniy. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin! Terima kasih

Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini

MAJLIS DIALOG DENGAN PELATIH

Thursday, September 10, 2009

Demi mewujudkan rasa kemesraan sejati, JAPIM IPGMKTAA dibawah kelolaan ust Ruhayati Ramli telah mengadakan majlis dialog bersama pelatih-pelatih PAI.

Memang tak disangka ....

... mereka memberi mesej jelas di dalam ucapan-ucapan mereka agar mendapat perhatian dan bimbingan intensif dari para pensyarah JAPIM!!!

HARI INI DALAM SEJARAH

Majlis Dialog JAPIM
Dewan Kulliah A
IPGM Kampus TAA

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan Kuala Lipis menempa satu sejarah bila mana berjaya mengadakan majlis dialog dengan para pelatih PAI.

Antara objektif majlis tersebut adalah:
  1. Mengeratkan ukhuwwah Islamiyah antara kalangan warga JAPIM (pelatih pelatih, pensyarah pensyarah dan pelatih pensyarah)
  2. Mewujudkan Tauhidul-Fikri dan Tauhidul-Amal kalangan anggota
  3. Bekerjasama ke arah kegemilangan personaliti muslim sejati kalangan ahli
  4. Mengenalpasti kekangan yang melambatkan proses penjelmaan muslim sejati
  5. Memotivasi jatidiri dalam perjuangan menjadikan seorang guru kepada seorang mu'allim

Gambar 1
Kelihatan Al-Fadhil Us Mohd Tajuddin b Sidek, Ketua Jabatan JAPIM yang baru menggantikan Al-Fadhil Us Mohd Said b Ibrahim menyampaikan ucapan pembukaan di dalam majlis berkenaan

Gambar 2

Kesungguhan Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM) menghalusi objektif Majlis Dialog ini mendapat perhatian serius oleh warganya



Gambar 3

Muslimat juga tidak ketinggalan turut memberi idea dan pandangan bagi memaknakan majlis tersebut

Gambar 4

Warga JAPIM IPGM Kampus TAA memang mempunyai aset-aset yang berkualiti untuk membangun dan meletakkan JAPIM di singgahsana yang sewajarnya.


Gambar 5
Harapan dan doa dipanjatkan ke hadrat Allah SWT moga-moga dipertingkatkan azam dan komitmen warga JAPIM ke arah membudayakan ISLAM WAY OF LIFE


Akhirnya, sekalong ucapan tahniah dan syabbas kepada semua warga JAPIM IPGM Kampus Tg Ampuan Afzan Kuala Lipis kerana menunjukan komitmen tinggi dalam menjayakan majlis ini. Memetik kata-kata Al-Fadhil Us Mohd Tajuddin b Sidek selaku Ketua Jabatan JAPIM yang baru:

"JADILAH KITA ANGGOTA JAPIM YANG HEBAT, DUDUK BIAR TINGGI DARI ORANG LAIN, BERDIRI BIAR LEBIH DARI ORANG LAIN"


Wassalam
Sekian terima kasih

Cerita selanjutnya!

MAJLIS PERPISAHAN JAPIM

Majlis perpisahan dengan al-Fadhil us Mohd Ayub, ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPTAA.

Walaupun baru bersama namun ....

... terasa kemesraannya kerana persahabatan yang terjalin sebelum ini.

TETAP SEGAR DALAM INGATAN
US AYOB B DAUD
Ketua Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM),
IPTAA 2007

Masih dalam ingatan ini sewaktu saya masih baru di IPTAA, suatu detik yang sangat mengusik jiwa tatkala ustaz Ayob disahkan bertukar ke Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Kuantan. Lantaran khidmat cemerlangnya, beliau dinaikkan pangkat sebagai Ketua Sektor Pendidikan Islam Dan Moral (SPIM) di JPN. Satu majlis telah dirancang untuk meraikan . Kami kehilangan seorang ketua yang dedikasi dan berketrampilan.

Gambar 1

Kelihatan ustazah Zaidah dan ustazah Ruhayati bersiap sedia menguruskan perihal jamuan perpisahan tersebut

Gambar 2

Al-Fadhil Us Ayob b Daud sedang menyampaikan ucapan dan amanatnya dalam majlis perpisahan belia dengan warga JAPIM IPTAA

Gambar 3

Al-Fadhil us Mohd Said asyik bertukar-tukar buah fikiran dengan Al-Fadhil us Ayob berhubung tugasan Ketua Jabatan JAPIM yang akan dipikulnya nanti
Gambar 4

Sebagai tanda mata kenang-kenangan dari JAPIM IPTAA 2007, us Mohd Said menyampaikan cenderamata kepada us Ayob.
Gambar 5

Potret Kenangan Abadi us Ayob bersama warga JAPIM IPTAA 2007 (us Borhan tidak termasuk kerana beliau menjalankan tugas-tugas jurufoto)

Keterangan gambar:

Dari kiri: Us Osman b Din, Us Mohd Said b Ibrahim, tetamu yang diraikan Us Ayob b Daud, Us Mohd Tajuddin b Sidek, Us Mohd Nasurdin b Hj Ahmad, Ustazah Zaidah bt Jusoh dan Ustazah Ruhayati bt Ramly


AYAT-AYAT CINTA:

Perpisahan tidak dapat dielakkan. Perjuangan tetap diteruskan. Untuk anak bangsa pesan bermadah, siap siagalah untuk menaiktaraf dari seorang

GURU kepada MU'ALLIM!


Cerita selanjutnya!

DAPUR SURAU ASY-SYAFIE

Wednesday, September 9, 2009

Akhirnya hasrat memiliki dapur masak-memasak untuk sebarang aktiviti kenduri bagi mana-mana majlis kebesaran Islam hampir menjadi kenyataan.

Kini ianya sedang rancak dalam pembinaan ...





Cerita selanjutnya!

Sahabat baru JAPIM 2009

Al-hamdulillah, JAPIM IPGM KTAA dapat seorang lagi ahli baru. Insan cemerlang yang saya sangat mengenalinya sebelum ini. Penilaian Darjah Lima (UPSR sekarang) saya tidak secemerlang beliau, namun kami bertemu di Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku pada tahun 1981. Lantaran kecemerlangannya beliau ditempatkan di kelas Peralihan Merah dan saya di Peralihan Biru.Dengan takdir Allah SWT saya berjaya memperoleh skor 98.7% dalam peperiksaan akhir tahun sekaligus menjadi pelajar cemerlang layak (lompat kelas) ke tingkatan 2 bersama beliau dan beberapa orang kawan lain.

Kami bersaing pula di tingkatan 2 bersama seorang dua sahabat lain antara lain Us Mohd Nasran (sekarang di SMA Padang Tengku), Us Azwan (sekarang di Sarawak. Namun kali ini saingan sengit sekali. beliau tetap mendahului saya dalam peperiksaan hinggalah ke akhir tahun.

Tahun 1983, kami menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP)dengan penuh semangat. Namun beliau dan Us Mohd Nasran berjaya mendahului saya dengan aggregat 11 sedang saya hanya memperoleh aggregat 13. Mereka berdua ditawarkan ke Kolej Islam Klang (KIK waktu itu dan KISAS sekarang.

Namun persaingan kami belum selesai ....

.... saya teruskan perjuangan di SMA Padang Tengku hingga ke tingkatan lima dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)dan Sijil Menengah Agama (SMA. Al-hamdulillah berkat doa semua saya skor gred 1 dalam SPM dan SMA. Datanglah tawaran dari Kolej Islam Klang, saya simpan borang tersebut dan meneruskan perjuangan ke Sekolah Tinggi Agama Sultan Abu Bakar Pekan Pahang (STASAB) 1986. Saya bukan merajuk tapi saya telah menanam azam saya tak nak jumpa beliau di universiti dalam negara kerana saya berniat untuk ke luar negara ... Saudi Arabia atau Republik Arab Mesir.

Selama dua tahun saya di STASAB dan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama (STA) dan bejaya menjadi pelajar cemerlang (keluar dalam siaran radio Kuantan dan akhbar arus perdana Utusan Malaysia dan Berita Harian 2 kali). Saya berjaya ke Universiti Al-Azhar dan beliau ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kami terus berpisah. Beliau berkhidmat sebagai guru di SMK Kampung Awah Temerloh dan pegawai di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan menyambung belajar. Saya bertugas di sekolah Menegah Sains Tengku Abdullah raub dan menyambung belajar.

Takdir Allah SWT kini kami bertemu di IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. BALIK KAMPUNG LA KOME ...... yea ... yea!

Beliau ialah
Al-Fadhil Al-Ustaz Zulquarnain bin Ali.


Cerita selanjutnya!

SELAMAT BERANGKAT KE IPGM KDRI, SELAMAR BERNASYID

Secara peribadi saya melihat pasukan kita ada potensi untuk dinobatkan sebagai juara di Karnival Nasyid peringkat IPGM nanti. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri. Selain faktor vokalis dan harmoni suara yang mantap mereka puyai pengalaman mengadakan persembahan di pelbagai acara dalam dan luar kampus.

Penglibatan aktif mereka sehingga .....

.... memartabatkan mereka di tangga ke-2 di Karnival Nasyid peringkat negeri Pahang (bebas)yang diadakan di Kuala Lipis baru-baru ini adalah asas kukuh untuk memacu bakat dan pencapaian mereka ke tahap yang lebih cemerlang. Teruskan usaha anda, buat yang terbaik, anda akan menang!

Antara koleksi siri latihan-latihan terakhir mereka










Cerita selanjutnya!

PANDUAN ASAS BAHASA ARAB

Jom berbahasa Arab. Buku Panduan Asas Bahasa Arab ini dibina berdasarkan keperluan pelajar-pelajar Sek Menengah Sais Tengku Abdullah. Tegasnya ia dirasakan sangat sesuai dengan mereka yang tidak mempunyai asas kukuh dalam pengetahuan bahasa Arab ini.

Nak tahu .....

PRODUK PERTAMA

Buku Asas Bahasa Arab

Penyusun:
HJ BORHAN B HJ ARIPIN
B.A (Hons) Universiti Al-Azhar, Kaherah,
Republik Arab Mesir.

Tajuk:
البرهانية فى اللغة العربية الأولى
Petunjuk Asas Dalam Bahasa Arab 1

Cetakan Pertama:
2001

ISBN:
983-9582-08-9

Penerbit dan Pengedar tunggal:
KHALIFAH ENTERPRISE

Keistimewaan:
Mudah
Ringkas
Menepati keperluan dan rujukan Kurikulum KBSR, KBSM dan Umum


Gambar Kulit Hadapan


Gambar kulit belakang

Harga RM5 senakhah

Berminat sila hubungi talian berikut:
019-9183700

Cerita selanjutnya!