Diari JAPIM 2009


Assalamualaikum dan salam ukhuwwah islamiah untuk semua! Semoga tuan-puan sentiasa dalam rahmat Ilahi. Selamat meneruskan amanah dan tanggung-jawab kita kepada Allah, keluarga dan masyarakat dengan adil dan bijaksana. Teruskan usaha menzahirkan komitmen kita kepada tugas kita untuk melahirkan para guru yang Murabby lagi Rabbaniy. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin! Terima kasih

Perhatikan wasiat Rasulullah saw di bawah ini

Sahabat baru JAPIM 2010

Wednesday, January 20, 2010

SELAMAT DATANG KE IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN!

Ahlan Wa Sahlan Sahabat! Selamat ke IPG TAA dan selamat datang ke JAPIM. Semoga kebersamaan kalian menambah kejituan fokus dan hala tuju JAPIM IPGTAA sesi 2010.

Al-Fadhil us Nik Abdullah b Nik Cop adalah pensyarah JAPIM IPGSM yang beralih arah bernaung di IPGTAA untuk memangku DG48. Beliau juga adalah rakan saya semasa sama-sama menyambung pelajaran peringkat sarjana di UKM beberapa tahun yang lepas. Manakala al-fadhil us Khairul Azam b Abdul Rahman adalah guru di SMK Seri Jengka yang dipostingkan semula setelah tamat cuti belajar di UKM untuk peringkat sarjana Syariah. Beliau memilih untuk dipostingkan di IPGTAA. Beliau adalah junior saya di SMA Padang Tengku dan di Al-Azhar, Mesir yang akhirnya berkumpul semula di JAPIM IPGTAA.


Setakat ini sudah 4 orang bekas pelajar Sek Men Agama Al- Maidah Ad-Diniah, Padang Tengku. Ini tidak termasuk Tok guru ini yang baru sahaja menamatkan kerjayanya (bersara)iaitu al-fadhil us Hj Nasurdin b Hj Mohamad.

Dimulakan dengan saya, us wan Azlan, Us Zulquarnain dan us Khairul Azam. Paling tua, us Zul dan paling bongsu us W. Azlan.

Sesungguhnya, saya bersyukur dengan bantuan Allah ini. Saya berbangga dengan anugerah istimewa ini.

Syabbas SMAPT. Kami bangga jadi warga SMAPT tempat kami anak beranak mencari redha Ilahi.


Semoga kita dirahmati Allah dengan berkerja kerana ALLAH!

0 comments:

Post a Comment